Sabtu, 14 Mac 2009

Tanda - Tanda Sebelum Kita Meninggal....

" Tanda 100 hari menjelang meninggal "

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak..... Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... .. Tanda ini rasanya nikmat dan
bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa
sembarang manfaat... Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.




" Tanda 40 hari "

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ... Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........



" Tanda 7 hari "

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


" Tanda 3 hari "
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagiantengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...

" Tanda 1 hari "
Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya....

" Tanda akhir "

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

Adakah Cinta Memerlukan Sebab???

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka…..

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!!!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya, sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul!!! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!!!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya...

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata…….

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai
suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang..!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang..! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang, Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai di dalam hati."

Khamis, 5 Mac 2009

Kenangan budak-budak lahir tahun 1980an...

budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat masa sekolah rendah dulu:

Kat skolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list buku, esok mesti mintak duit kat mak and ayah nak beli buku tu walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu and vitagen pon camtu gak..mesti nak beli….

Kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gambar je la.. Bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku..hehe

RMT kat sekolah makan memang tak best, tp bdk2 yg berduit pon join RMT, x phm…x phm…

Pakai pensel box yg bole bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah dia…kira bgus la…mcm2 bleh guna…

Masa sekolah dulu slalu main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal fungsi sebenar untuk padam!!!

Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ada air pastu ada benda berkilat dlm air tu..cantik la pada masa tu…sumo org nak beli…

Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ..


Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

Time pendidikan seni, lukis sumo boleh tp bila time kaler sume hampeh... ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, apa la…n mcm2 la….hehhee

Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape..mmg popular la…best….

Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca.

Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…sebelum kena inject nangis tp bila dah kena inject, senyum saja….hehehhee

Balik sekolah ja beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon….

Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat tv boleh tembak alien tu…

Siri kartun yg slalu layan: power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yg permanent. Hidup tak slalunya indah tp yg indah tetap hidup dlm kenangan….kepada member2 lama….jgn lupa masa lampau kita….hehehe

Rabu, 4 Mac 2009

Doa Seseorang Dikala Kesepian...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya ALLAH………
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya
Dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian
Antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya ALLAH………
Ya tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari
Hidup ini Ketepian yang sejahtera
Dan abadi
Maka jodohkanlah kami.

Ya ALLAH………
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari
Pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya ALLAH…Ya Tuhanku
Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh
Ke dada langit hilang
bersama senja nan merah
agarku sentiasa tenang
walaupun tanpa bersamanya.

Ya ALLAH yang Tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah
Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik
Buat hamba-MU ini

Ya ALLAH…….
Cukuplah Engkau sahaja
Yang menjadi pemeliharaanku
DiDunia dan Akhirat
Dengarlah rintihan hamba-MU
Yang lemah ini


Ya ALLAH……….
Janganlah Kau biarkan diri ini
Sendirian di dunia
Mahupun di Akhirat kelak
Menjuruskan aku kearah
Kemaksiatan dan kemungkarn
Maka kurniakanlah aku
Pasangan yang BERIMAN……
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhoi
Dan kurniakanlah padaku keturunan
Yang soleh dan solehah

Ya ALLAH
Berikanlah kepada kami
Kebahagiaan
Di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari
Azab api neraka……
Amin ya rabbal alami

Kawan Baik....

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik… kepada kawan baik kita.
kita kawan baik kan …???

Tidak perlu kecewa kerana insan yang tidak menghargai...

sesungguhnya manusia seringkali tewas dalam percintaan..
seringkali kita sebagai seorang manusia biasa, kita akan kecewa apabila sesuatu itu tidak seperti yang kita harapkan...
namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua tu adalah sesuatu yang mengajar kita erti hidup..
cinta kepada manusia dan daripada manusia, tak pernah kekal..
jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita..
bila kita meratap, bersedih, hilang semangat kerana kekasih..
KENAPA??
dia belum menjadi milik kita dan dia takkan menjadi milik kita yang abadi kerana kita semua adalah milikNYA...
tidak semua orang tahu menghargai kasih sayang, pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan kita..
termasuklah orang yang kita gelar kekasih..
bila dia rasakan diri kurang perhatian, mulalah berpaling pada insan lain..
bila sudah kehilangan, barulah datang kembali mengucapkan seribu kemaafan dan madah-madah cinta yang seolah-olah dialah pencinta yang begitu setia..
sedangkan sebelum itu, dialah yang menghancurkan harapan dan hati kita yang begitu ikhlas menyayanginya......
begitulah lumrah manusia, hanya menghargai apabila sudah kehilangan..
bila ada disisi, tak dipandang pun segala pengorbanan yang dibuat..
tak perlulah kita bersedih kerana si dia yang tak menghargai kesetiaan, kasih sayang dan cinta kita padanya..
ini adalah peluang untuk kita mencari yang lebih baik..
dan tak ada seorang pun manusia yang berjaya menemui kebahagiaan dalam hidupnya tanpa menempuh kekecewaan..

BANGUNLAH!!! TAK PERLU MERATAP LAGI!!!SETIAP KEKECEWAAN PERLU KITA HADAPI..KUATKAN SEMANGAT, TABAHKAN HATI...INSYAALLAH, KEBAHAGIAAN TETAP MILIKMU..

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Tuhan, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN...setiap kesabaran itu pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa boleh beri halangan. Namun, jika sesuatu bukan ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan kita dapat walaupun sedih dalam GENGGAMAN...

Saat Ditalkinkan...

Hari berganti hari…Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu, aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang - orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang mengucap....Asyhaduallailah aillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu...Datanglah...

Tapi mataku......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku.

"Yassin......."..bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku diambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa disekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihanku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak... Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan. "Panas, dahaga, haus, panas. ......". tapi tiada siapa pun yang peduli...


Nenekku datang,"Nenek. ........ ..".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".
"Ibu......" Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.."
Ayah.......kau datang ayah......." .
"Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubah laku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. ... . . ..".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu..Manusia-manusia berjubah hitam datang...."Mari ikut kami"...manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami"..cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang "Apa ini, apa ini??

Akulah sakaratul maut........ !!!!!!"

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah....... "Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahiwainnail aihirajiuun. ...

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya… Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya. .......".
"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat dihadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik,loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya....


"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. .
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini"..
"Akulah amalanmu yang keji........ ..".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh dihadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kakngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu. .....malu. .....!!!!!!"


Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu... "Nanti,tunggu!!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas.....panas. ......."Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu..."Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. Kotak
apa ini?"Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak"...."Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang…tapi ke mana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!" Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!!! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar......."Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan…

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT..."


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...